Sunday, April 18, 2010

Fiuh!!

Peluh yang menitik hujung sideburn, diseka. Cuaca agak panas, tapi tidak sepanas di Kedah. Tengah malam pun masih panas. Kalau tidak, pasti tidak berbaju. Terjadilah kejadian yang sangat seksi! Gorgeous!

Dia mengheret beg itu. Tiba-tiba dia rasa nak pitam! Tak tahu arah tuju! Hah! Sudah! Mahu ke mana? Kemudian Along mengheret begnya ke tempat duduk yang disediakan. Dia mengeluh! Medulla Oblongatanya, err, otaknya mengerah memikirkan sesuatu idea.

Tiba-tiba matanya menatap, satu susuk tubuh yang dikenalinya. Rasa gembira berbunga dihatinya, namun seketika. Nak ke dia tolong aku? Ah, cubalah dulu! Better try then never! Erk! Apa punya ayat daa...

Wednesday, April 7, 2010

Hampeh! Lutong betul!

Along mengorak langkah bagai robot yang mati bini. Hak! Bedak compact tersebut dipegang erat. Mata masih meliar merata. Beg plastik ditangan masih setia disisinya. Nampaknya pintu bas sudah dibuka. Dia segera meloloskan diri masuk ke dalam bas. Hampir semuanya sudah ada. Minah biru laut sebelahnya masih belum ada. Ke mana? Ah, lantak kau lah! Apa aku peduli.

Dia berjalan melewati lorong sempit. Wah! Ayat! Punggung dihenyak dengan rakus err rakus? Lantaklah! Dia melepaskan keluhan yang tidak dapat dipastikan sama ada letih atau sengaja. Memang confuse. Along memandang luar tingkap. Bas sebelah mahu bergerak. Kelihatannya orang sudah penuh diatas bas. Dipandang pula sebelah kirinya. Pemuda yang berumur dalam lingkungan 20-an sedang meribakan anaknya yang masih kecil atau lebih tepat bayi. Bapa muda itu memandang Along, sambil tersenyum. Along tersengih tayang gigi. Senyum ke sengih ni? Hehe..

"Berapa bulan?" tanya Along ramah. Bibirnya masih tersenyum. Pemuda itu juga turut tersenyum. Isterinya, yang Along agak, sedang membancuh susu. Amboi, siap bawa bekal lagi.

"Tiga bulan." Ringkas jawapannya. Along mengangguk. Mulutnya muncung. Macam burung belatuk.

"Owh...."

"Oit! Tepi sikit!" sergah seseorang. Along memandang seseorang. Adoi! Minah biru laut! Penat betul hari ini. "Cakap baik-baik tak boleh ke?" selamba Along menuturkan. Saja nak menghangatkan hati minah tu. Ngee....

"Ikut sukalah." menjawab pula minah ni. Bapa muda itu hanya tersengih melihat gelagat kami. "Tepilah." Suaranya mula hendak tinggi. Tangannya buat gaya menyuruh Along ke tepi. Along jeling dulu, kemudian dia bergerak keluar dan minah itu masuk. Lalu dihenyak punggungnya kuat-kuat. Bergoyang bas! Dasyat!

"Lain kali hempas aje punggung tu lagi kuat. Senang sikit bas ni nak tercabut tayar." Sindir Along. Minah biru laut tu hanya menjeling. Terasa pula dia. Bapa muda tadi dah tersengih suka. Minah biru laut membelek beg plastik yang dipegangnya tadi. Along duduk semula. Ayu Along duduk. Control habis!

Jantan melayu terakhir! Ahakz! Banggalah pula! Telefonnya berbunyi. Kelam kabut dia mencari telefon di dalam poketnye. Tidak mahu mengganggu lena si bayi. Lena sungguh bayi itu lena. Seperti tidak kisah dengan bunyi sekelilingnya. Nyenyak!

Direnung telefon bimbit yang berbunyi itu. Sya! Adoi! Masa-masa begini dia hendak telefon pun! Pun begitu, punat hijau tetap ditekan!

"Halo! Sayang buat apa?" sapa suara seorang milik perempuan. Err...spesis gedik sikit! Eu....

"Asalamualaikum. Ada dalam bas. Kenapa?" dalam serius dan menyampah, sempat lagi dia menyindir. Minah biru laut disebelah tersenyum sumbing. Gila ke apa, senyum seorang! Along hanya menjeling. Tidak minah itu nampak.

"Ops...hehe...waalaikumusalam. Saja nak call. Rindu kat Along larh." Kucing yang asalnya dari lorong-lorong gelap, telah bersuara dengan terlampau manja. Burung roma Along menegak! Takkan ada hantu dalam bas ini kot?! Oh, sebelah Along ada seekor yang terlepas dari botol yang telah dibuang dari laut. Ini botol mesti tak katup kejap-kejap! Itu yang boleh terlepas hantu sebelah ni hah! Sempat lagi dia mengomel dalam hati.

Along senyap. Kaku mulutnya! "Halo! Along?" tanya suara sebelah sana.

"Hah! Ada ni ha." meleret saja suaranya. Malas betul bersembang dengan minah kerek ni. Tapi lebih rela mengadap minah terlebih sudah ni dari menengok si minah biru laut ni. Boring betul! Dari atas sampai bawah, biru laut memanjang.

"Along atas bas? Nak pergi mana sayang..." Fuh! Kuatkanlah iman aku. Manja bebenor. Manjanya bukan main lagi. Kalah kucing yang merempat tepi jalan.

Minah biru laut membuka plastik yang berisi buah jambu! Prap! Macam orang tak pernah jumpa jambu setahun! Prap lagi! Macam orang tak makan setahun sebenarnya! Macam nak menayang pada Along saja. Tolonglah!

"Nak pergi kerja." Ringkas dan hampir padat! Macam ngongek aje minah hujung talian itu.

"Along sibuk ke? Macam tak nak cakap dengan Sya aje." Rengok Sya. Suaranya bernada rajuk yang meminta dipujuk. Along mengeluh. Masih tak faham-faham lagi, rupa-rupanya minah ni. Memang aku tak nak cakap dengan kaulah! Jerit Along dalam hati. Bas mula bergerak.

"Ermm....Sya. Along sibuk sikit ni. Nanti Along telefon balik. Asalam..."

"Okey bye." Terus talian terputus. Belum sempat Along memberi salam. Merajuklah tu! Ah, tak kuasa aku nak pujuk dia. Lantahlah kau! Getus hati kejam Along. Along mengerling orang disebelahnya. Seperti tercari sesuatu di dalam beg galasnya yang diusung ke sana ke mari. Warna biru laut! Terkocoh dia membelek beg galasnya.

Tiba-tiba......

"Arghh!!!! Awak!" Along terkejut dengan suara yang nyaring macam langsuir tak makan lima hari! Semua mata memandang mereka. Sedikit pun bayi itu tidak bergerak. Lena sungguh tidurnya! Alonf memandang minah biru laut tu! Bulat matanya memandang Along.

"Apa hal kau ni? Terjerit macam budak tak cukup umur? Bayi tu pun tak merengek macam kau." Bas masih bergerak. Mata-mata lain masih memandang mereka. Pemandu bas merenung dari cermin di depannya.

"Kau...kau...." bibirnya macam nak telan seeekor gajah yang besar! Besar punya!

"Kau apa? Gagap dah ker?" kali ini Along tak lepas peluang untuk 'membelasah' minah tu! Di belasah cukup-cukup.

"Kenapa kau kedengki sangat ambil bedak compact aku." Ditunjuk jarinya ke arah bedak compact itu yang tersekit dipoket belakang tempat duduk orang depan.

Cup! Along teringat sesuatu. Bedak compact? Kalau yang dia jumpa tadi....dia punya?! Malang betul Along!

"Oit! Mana ada aku curi. " Nafi Along. Dia turut bangun seperti minah biru laut itu.

"Habis tu macam maan boleh ada kat situ. Ada depan kau pulak tu." Tuduh minah biru laut itu.

Along mula panas hati. "Bukan aku yang ambillah. Aku..."

"Aku apa? Hah? Aku apa?" sampuk minah biru laut sebelum, Along sempat menyiapakan ayatnya. Tercapai juga kang impian aku nak menjadi pembunuh bersiri. Kata hati Along. Mata yang mengantuk terus terbuka melihat babak pertama dalam drama bersiri 'Along Rasa Nak Membunuh'.

"Masa bila aku ambil cakap! Cakap! Cuba cakap masa bila aku ambil?" sergah Along pula. Tidak mahu mengalah. Minah biru laut agak tersentak. Baru dia kenal siapa Along! Muhahaha...

Riak wajah sedikit gementar hanya sebentar, sebelum riak wajah orang orang hutan kelaparan menjenguk wajahnya. "Manalah saya nak tahu..."

"Dah tu yang tuduh aku tu kenapa? Tak hingin la aku nak ambil barang awak pun. Tak luak pun aku. Bukannya boleh kenyang curi bedak compact awak tu. Lagi memberat beg aku adalah. Lagipun takkan aku nak tayang benda yang aku curi depan kau. Logiklah sikit! Cakap tu guna kepala sikit! Jangan main serbu aje!" Nah! Kena bantai sebiji. Minah biru laut itu terdiam. Terkulat-kulat menahan suara Along yang perlahan, tapi bagai gegendang masjid khas untuk mengumumkan kematian, menyapa telinganya.

"Bedak compact tu aku jumpa kat R&R tadi. Kau yang terlupa. So, jangan nak memandai tuduh aku mencuri. Nasib baik juga aku yang ambil. Kalau dibuatnya orang lain yang ambil? Tak jumpa teruslah kau. Berterima kasihlah. Ini tidak! Siap tuduh aku yang ambil lagi. Aku campak bedak compact ni baru tahu! Nak?!" sambung lagi.

Minah biru laut itu termengkalan. Salah dia juga! Serbu tak pakai perfume! Hah?! Apa tuh?!

Along mengambil bedak compact itu. Dicampak atas tempat duduk minah biru laut. Minah itu pula hanya memandang sepi! Takut barangkali! Atau masih trauma dengan suara Along!

"Oit!" simple nak mampus sapaan pemandu tersebut. Semua mata memandang dia. Termasuk Along dan minah biru laut.

"Kalo kamu berdua nak bergaduh, baik keluar dari bas ni. Adakah patut pasangan kekasih bergaduh kuat-kuat? Malulah sikit." Selamba gajah betul pak cik itu. Boleh keluar ayat power sambil tengah pandu bas. Dasyat! Merah terus wajah mereka berdua. Pasangan kekasih? Tolonglah. Tiba-tiba Along rasa nak muntah. Minah biru laut rasa sakit perut.

Mereka yang lain sudah tersenyum. Tak kurang juga yang menekup mulut menahan ketawa. Terus Along dan minah biru laut duduk. Masing-masing senyap. Diam tidak terkutik. Bagai angin puting beliung lalu!

Monday, April 5, 2010

Berhenti kejap! Rehat!

Along tiba-tiba rasa nak membunuh! Biar betul?! Ini Along ke? Entah! Selalunya dia tidak berperasaan sebegini. Sejak...sejak....minah tu muncul! Ya! Sejak minah biru laut tu muncul! Plastik berisi minuman serta makan ringan di genggam. Bas berhenti sekejap di kawasan rehat Gunung Semanggol. Rasanya! Jam ditangan dibelek-belek. Hampir pukul 1.30 petang. Lagi lima belas minit, bas akan berjalan.

"Ah, baik aku sembahyang dulu. Kalau sampai KL awal tak apalah juga, dibuatnya sampai lewat? Tak ke naya?" bisiknya perlahan. Dia bercakap sendirian.

"Gila dah ke bercakap seorang-seorang," satu suara dari arah belakang Along menyapanya. Along berhenti mendadak. Dipusingkan 180 darjah tubuhnya. Minah biru laut! Lagi! Oh, tidak!

Sekarang Along memang rasa nak meletup. Ada juga yang meletup macam Altantuya Saribu nanti kot. Sudahlah, panas Along semasa didalam kedai tadi belum redha. Ditambah lagi dengan kemunculan hangat serta membara minah biru laut ini.

Muncung mulut Along sedepa! Malas hendak bertekak. Nanti ada juga yang impian 'hangat'nya menjadi kenyataan. Impian Along! Ingin menjadi seorang pembunuh yang berjaya dalam kariernya! Huhahah...

Along memusingkan semula tubuhnya, lalu meneruskan langkah. Setiap derapan kaki bersama hati yang membara. Memang sengaja minah tu meng'hangat' hati perut Along. Silap hari bulan, Along menjadi tidak perikemanusiaan kerana minah biru laut itu. Memang kejam. Minah tu pula macam suka meng'hangat'kan hati perut Along.

Along melangkah pergi dengan gaya seorang lelaki yang macho yang baru saja dihangatkan oleh seorang 'minah'! Serius!

Matanya memandang sekeliling. Kaki menjejak diatas escelator. Dia kaku diatas escelator tersebut. Tapi, mata masih meliar merata. Itulah tabiatnya. Suka memandang merata. Suka melihat gelagat orang lain yang menghiburkan hati. Tapi kadang-kadang ada juga yang menyakitkan hati macam minah tadi. Oh, sudah! Lupakan saja minah kerek tu. Hiburkan hati! Yahoo!

Direnung pintu bas yang belum terbuka. Sepasang suami isteri berada dibelakang Along. Dia perasan! Dia memusingkan tubuh, lalu membuat gaya memberitahu pintu tidak dibuka. Macam bisu! Sebenarnya berat mulut hendak bercakap. Telah dipasang manggar. Oleh minah biru laut itu. 'Ish, apasal pula aku nak ingatkan dia. Dah! Syuh! Syuh! Pergi main jauh-jauh,' getus hati Along.

Sekarang mahu ke mana? Along fikir-fikir mahu naik semula ke atas. Sebenarnya dia mahu menjelajah. Tadi dia belum sempat menjelajah satu kafe itu lagi. Pembunuh mood bersiri telah merosakkan moodnya. Ah, sudah! Apasal dari awal tadi, asyik betul dia memikirkan hal minah biru laut itu? Semak betul!

Dia menghentak kaki perlahan. Tidaklah seperti dinasour mengamuk. Hanya burung pipit mengamuk. Hakhak....Bahagia sendiri! Matanya tertarik hendak merenung sebelah kiri. Pap! Minah biru laut ada! Terus rasa nak pitam. Jumpa lagi! Ya Allah! Tak ada manusia lain ke di dunia ini? Balik-balik muka itu. Sudahlah lagi tiga jam sebelum sampai Hentian Duta, nak kena mengadap muka minah biru laut itu. Semak! Semak!

Terus datang migrain yang terjerit-jerit suka. Along merenung minah itu. Minah itu pun merenung balik. Aik? Pakat jeling menjeling ke? Along buat selamba. Kakinya mengorak langkah pergi dari situ. Malas nak mengadap muka dia. Huh! Along buat muka burung unta berlagak! Muncung saja mulutnya.

Tetiba matanya terarah pada satu benda yang bagi seorang wanita, memang penting. Bedak compact! Dia mengambilnya lalu memandang sekeliling. Memerhati manusia disekitarnya. Tidak kelihatan pun manusia seperti mencari-cari barangnya yang terlupa. Tak ada! Sekarang nak buat apa? Along mati jerawat! Tak tahu nak buat apa.

Along mengeluh. Akhirnya, dia buat keputusan....

Sunday, April 4, 2010

Fuhh! Sesak!

Mata Along terpaku pada seorang pak cik yang berambut alfro. Hidungnya kembang kempis. Ada orang puji dia ke, yang kembang sampai macam itu sekali. Sekali pandang macam tertelan sebiji durian belanda. Bajunya berwarna hijau kekuningan sedikit berpeluh. Dalam bas yang sejuk nak mampus pun boleh berpeluh lagi? Pelik betul! Macam ada yang tak kena!

Masing-masing masih lagi cuba menahan ledakan bom penyenyap sebentar tadi. Entah kenapa Along rasa macam pak cik alfro tu yang buang 'sisa'nya. Mana taknya, siap buat muka macam nak kena hukuman sebat! Siap cover mulut dengan tangan lagi. Macam menahan gelak. Tiba-tiba bas berhenti ditepi jalan. Setelah bas berhenti, pemandu bas memusingkan tubuhnya. Dia cakap. "Siapa yang meledakkan bom kimia dalam bas ni?"

Sedikit berubah muka pak cik itu. Sah! Along rasa pak cik tu. Mukanya berubah macamlah pemandu itu tala tuduhan padanya. Meliar merata mata pemandu itu mencari wajah-wajah yang bersalah. Macam nak beri hukuman mandotari. Pemandu itu memusingkan tubuhnya lalu menekan sesuatu. Pintu bas terbuka. Dasyat juga aroma 'itu'. Sampai bas terpaksa berhenti lalu membuka pintu. Belum pernah dibuat mana-mana bas yang Along naik. Serius! Belum pernah!

Terasa sedikit hilang bau masakan ber'hangin' itu. Dada yang terasa sesak sedikit mengendur. Sebentar tadi macam kena asthma tahap kritikal, kini semakin berkurang. Kena 'antibiotik' sikit, baru terasa lega sedikit. Eh, ada ke antibiotik dalam perskripsi untuk sakit asthma? Pelik!

"Kalau ya pun nak buang, janganlah buang dalam tempat yang tertutup macam bas ni hah?! Buang siap-siap kat rumah. Buat sesak dada aje. Macam kena hempap dengan sekotak tin sardin."

Tin sardin? Apa punya kronologilah!

Tapi, betul juga apa yang pemandu tu cakap. Lepas siap-siaplah kat rumah atau tempat lain, selain dari bas! Buat kurang oksigen saja.

"Bau apa ni?" tetiba aje budak perempuan sebelah Along bersuara. Aik? Hidung dia ni jenama apa ye? Lambatnya hantar mesej ke otak. ALong memusing ke sebelah kirinya. Pandangan mereka bertaut. Wow! Cantik juga mata dia. Ah, sudah! Jangan nak mengarut.

"Agak-agak?" selamba Along menutur. Entah idea mana nak keluarkan ayat ala-ala 'mengurat'. Pelesit betul!

"Manalah nak tahu." Dia balas. Masih dengan muka selamba cicak dia. Macam malas nak bercakap saja minah ni. Makan tak lagi ni? Mahu saja Along melontar ayat sebegitu. Tapi, kesian pula. Dibuatnya minah itu betul-betul tak makan, tak ke naya Along nak kena belanja nanti.

"Bau kentut!"

"Eh, yeke? Siapa yang lepaskan? Awak?" masih dengan muka seposennya. Along mula nak naik 'hangin'. Ada ke patut dia yang kentut? Hish, tak senonoh betul. Along rasa nak bantai saja minah ini dengan telefon bimbit yang digenggamnya. Namun, melihat wajah polos serta seposen minah itu, dia tidak jadi berbuat demikian. Menangis nanti siapa nak pujuk? Along? Huh! Jangan harap!

"Bukan sayalah. Manalah saya nak tahu. Ke awak yang kentut?" tuduh Along pula. Sengaja dia berkata sedemikian. Minah bertudung biru laut itu menatap mata Along.

"Kenapa pula saya? Saya mana ada buang angin tau. Saya tak pandai nak buang dalam bas tau."

Ada juga ke orang yang pandai bajet untuk tak buang angin di dalam bas? Musykil betul!

"Awak yang mula tuduh saya. Padahal bukan saya buat. Saya tuduhlah awak balik." Selamba pula Along membalas. Dijeling minah biru laut sebelahnya. Minah itu pula maintain buat muka tak bersalah.

"Nak cari gaduh ke?" tanya lembut minah itu. Along sedikit tersentak dengan pertanyaan minah biru laut itu. Gaya macam samseng merayu untuk bergaduh. Tapi, dalam kes ini, samsengnya seorang minah. Minah biru laut! Sengal betul!

"Nak cari gaduh? Boleh aje." Balas Along. Masih dengan nada perlahan. Senyap saja minah biru laut. Dah bisu ke? Soal hati Along. Minah itu macam dengar tak dengar. Tidak lama kemudian, Along rasa nak menjerit. Kakinya...kakinya...

Dipijak! Oleh minah biru laut tu! Kejam betul. Minah itu pijak dengan tumit kasut tinggi. Tajam siot! Berkerut-kerut muka Along menahan sakit. Seminit berlalu. Baru minah itu mengangkat kakinya. Along menderam. Tahan sakit! Kurang asam punya minah!

Hendak menjerit? Nanti orang kata gila pula menjerit tiba-tiba. Diri Along sudah keluar aura hendak membunuh. Seseorang...tolong tahan.

Along memandang wajah selamba minah biru laut itu. Memandang luar tingkap tapi kakinya memijak kaki Along. Along menggenggam penumbuk. Menahan diri dari membelasah minah sebelahnya. Tak apa. Nanti hari aku balas. Harap-harap kita bertemu lagi. Kalau bertemu, siaplah kau, bisik hati Along. Bas mula bergerak, semula.

Saturday, April 3, 2010

kisahnya bermula.....permulaan....the beginner...

Along memulakan perjalanan dengan bismillah. Setapak demi setapak kaki Along melangkah dengan penuh bergaya-rambut botak-masih terlekat sisa buangan rambut dikepala. Along telah dipaksa! Serius! Along dipaksa. Oleh mak Along sendiri.

Mak ugut Along. Katanya-kalau hang tak gunting rambut, alamatnya tata tutulah pesta buku hang tu-. Glup! Along termengakalan. Nak melawan pun, mak sendiri. Tapi apakandaya, terpaksa 'berkorban' jua. Rasa sedih nak tinggalkan rambut puntianak ni. huhu...

Tapi, apakandaya kerana nak mencari awekssss....amboi panjangnya 's'. hehe...gurau saja! Kerana nak mencari pengalaman dan nak duit-tentunya- Along terpaksa buat pengorbanan yang besar. Tidak! Jerit hati Along disaat mesin 'pengganas' rambut menyapa rambutnya. Along melihat mamat yang gunting rambutnya tu. Mata Along seperti melihat dia tersenyum. Rasa nak sepak-sepak aje mamat tu. Mata Along ternampak dia seperti budak jahat yang ketawa jahat. Larh. dah namanya pun jahat. Pelik tul! Rasa nak sekeh-sekeh kepala mamat itu hampir menguasai diri Along. Hampir-hampir saja dia bangun lalu menyerbu dengan deruan bantaian serta tumbukan bertalu pada mamat itu. Tapi, kerlingan mata si singa utara membuatkan dia kaku tanpa bergerak. Bunyi mesin menderam menggigit-gigit rambutnya kedengaran. Hatinya juga tergigit.

"Woi! Apa yang dimenungkan tu? Cepatlah Castello naik. Nanti tertinggal pula." Jerit bapa konduktor yang berpakaian ala-ala nak pergi membunuh serigala jadian. Along terkejut dari lamuan. Dia berhenti ditengah-tengah jalan. Mak ai! Nak membunuh diri namanya tuh! Tersengih-sengih dia disitu lalu memulakan langkah yang terbantut.

Castello? Ada ke patut dia panggil aku Castello? Ada juga yang jadi arwah ni. Getus hatinya.

Abah kat belakang tahan gelak. Mak dihujung jalan sana, yang sedang sembunyikan senyumannya, memandang ke arah lain. Ini dia orang punya pasallah. Habis rambut Along 'digugurkan' bagai bom yang meledakkan Hiroshima dan Nagasaki. Hatinya sama naik panas dengan matahari yang terik.

"Nasibla." Mak kata perlahan dicuping telinga aku. Rasa nak pitam dengar mak kata macam itu. Adoi! Kena sebijik.

"Sudah! Naik bas sekarang. Nanti tertinggal pula. Kirim salam pada mak teh dan pak teh kamu. Jangan lupa solat. Kalau mak tahu, hang tinggal solat, balik nanti ada 'kejutan' besar punya." Along telan air liur yang kelat. Tahu sangat dengan perangai maknya yang mengotakan janji. Glup! Janganlah!

Dalam bas. Along bagai nyawa-nyawa cekadak! Cekadak yang menghitung hari, detik, waktu, dan masa! Begitulah Along. Tinggal tak putus urat halkum dan merikh lagi. Rasa macam nak lompat keluar dari bas itu. Muka masing-masing dah macam tertelan mengkudu manis. Terlalu manis. Minah sebelah aku ni buat selamba derk aje.

Ada ke tak perasaan dia ni? Macam Stone Hedge. Selamba semacam. Along rasa macam nak tanya. 'Cik adik manis eh apasal macam keling aje ni? Tukar tune. Awak ada perasaan ke tak ni?'. Dibuatnya dia menjawab-'Suka hati sayalah'. Nanti Along termalu sendiri pula. Baik dia senyap. Meskipun dia dah gatal mulut nak keluar suara. Ditahan jua.

Seisi bas itu sudah rasa mahu muntah. Tak tahan! Mana tahan! Bau kentut! Siapa tahan? Lainlah kalau tuan punya kentut. Ke sama naik dengan geng-geng buat muka siapa macam Adolf Hitler. Buat-buat macam dia tak buang. Diperhatikan satu persatu suspek yang mungkin membuang gas yang tiada berguna selain menyesakkan dada.

Teruk betul! Kalau dia dapat siapa yang sesuka hati melempar jauh-jauh 'hangin'nya, teruk habuan yang dia dapat. Sudahlah dalam bas. Tempat berhawa dingin pula. Memang nahas!